40 Hadis
- Imam An-Nawawi -
MUQADDIMAH AL-IMAM AN-NAWAWI
الحمد لله رب العالمين، قيوم
السموات والأرضين، مدبر الخلائق أجمعين، باعث الرسل
صلواته وسلامه عليهم إلى
المكلفين، لهدایتهم وبيان شرائع الدین، بالدلائل القطعية
وواضحات البراهين، أحمده
على جميع نعمه وأسأله المزید من فضله وآرمه.
وأشهد أن لا إله إلا الله
الواحد القهار الكریم الغفار.
وأشهد أن سيدنا محمدا عبده
ورسوله وحبيبه وخليله، أفضل المخلوقين المكرم بالقرآن
العزیز المعجزة المستمرة
على تعاقب السنين، وبالسنن المستنيرة للمسترشدین،
المخصوص بجوامع الكلم وسماحة
الدین، صلوات الله وسلامه عليه وعلى سائر النبيين
والمرسلين وآل آل وسائر الصالحين.
أما بعد،
Segala puja-pujian bagi
Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Pencipta langit dan bumi, Pentadbir
sekelian makhluk,
Pengutus para Rasul SAW kepada orang-orang yang mukallaf, untuk memberikan
hidayah kepada mereka
dan menerangkan syari‘at agama, dengan dalil-dalil yang putus (yang yakin)
serta bukti-bukti yang
jelas. Saya memuji -Nya atas segala nikmat-Nya dan saya berdo’a kepada-Nya
tambahan kurniaan-Nya
dan kemurahan-Nya.
Saya bersaksi bahawa
tiada Tuhan kecuali Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Maha
Pemurah lagi Maha
Pengampun.
Adapun selepas daripada
itu; maka sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Ali ibn
Abi Talib, Abdullah ibn
Mas‘uud, Mu‘az ibn Jabal, Abu al-Darda’, Ibnu ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, Anas ibn
Malik, Abu Hurairah dan
Abu Sa’id al-Khudrie r.a. daripada berbagai-bagai jalan (sanad) dengan
riwayat yang
bermacam-macam bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang menghafal atas
umatku empat puluh
hadis daripada (hadis yang) berkenaan dengan agama mereka, nescaya Allah akan
membangkitkannya pada
hari kiamat dalam golongan para fuqaha’ dan ‘ulama.” Dalam suatu riwayat
lain: “Nescaya Allah
akan membangkitkannya sebagai seorang faqih dan ‘alim. Dalam riwayat Abu al-
Darda’: “dan telah
adalah aku (iaitu Rasulullah) pada hari kiamat menjadi orang yang memberikan
syafa‘at dan saksi
kepadanya”. Dalam riwayat Ibnu Mas‘uud : “dikatakan kepadanya (orang yang
menghafal 40 hadis)
masuklah engkau daripada mana-mana pintu syurga yang engkau mahu”. Dalam
riwayat Ibnu ‘Umar :
“nescaya dia ditulis termasuk dalam golongan ‘ulama’, dan dibangkitkan dalam
golongan para syuhada’
”. Para ‘ulama hadis telah muafakat bahawa ia adalah hadis dha‘if sekalipun
jalan-jalannya banyak.
Para ‘ulama r.a. telah mengarang dalam bab ini (iaitu bab 40 hadis) banyak
karangan yang tiada
terbilang banyaknya. Orang yang paling awal mengarangnya setakat pengetahuan
saya ialah Abdullah ibn
al-Mubarak, kemudian Muhammad ibn Aslam al-Thusie al-’Alim al-Rabbanie,
kemudian al-Hasan ibn
Sufian al-Nasa’ie, Abu Bakar al-Aajirie, Abu Muhammad ibn Ibrahim al-
Asfahanie,
al-Daraquthnie, al-Hakim, Abu Nu‘aim, Abu Abdul Rahman al-Salmie, Abu Sa‘id al-
Malinie, Abu ‘Uthman
al-Shabuni, Abdullah ibn Muhammad al-Ansari, Abu Bakar al-Baihaqie( عبد الله
بن المبارك ثم محمد بن أسلم
الطوسي العالم الرباني ثم الحسن بن سفيان النسائي وأبو بكر الآجري وأبو محمد بن إبراهيم
الأصفهاني
والدارقطني والحاآم وأبو
نعيم وأبو عبد الرحمن السلمي وأبو سعيد الماليني وأبو عثمان الصابوني وعبد الله بن
محمد الأنصاري وأبو
بكر البيهقي. ) dan
ramai lagi ‘alim ‘ulama yang lain yang tiada terkira banyaknya sama ada
daripada
kalangan ‘ulama
terdahulu atau terkemudian.
Sesungguhnya saya telah
beristikharah kepada Allah Ta‘ala untuk mengumpulkan empat puluh
hadis sebagai mengikuti
jejak langkah para Imam tokoh ‘ulama dan para huffaz al-Islam (Para
pendukung Islam,
pemelihara Islam, atau para Imam Hafiz hadis). Para ‘ulama telah bermuafakat
tentang keharusan
beramal dengan hadis dha‘if dalam soal fadhail a‘maal ( ( فضائل الأعمال ) iaitu
amalanamalan
yang sunat.).
Namun demikian, bukanlah pergantungan saya (dalam usaha mengumpulkan 40
hadis ini) kepada hadis
dha‘if, bahkan pergantungan saya ialah kepada sabda Nabi SAW dalam
beberapa hadis sahih :
( ليبلغ الشاهد الغائب ) yang bererti: “Hendaklah orang yang hadir (majlis
Rasulullah
dan mendengar
pengajaran Nabi SAW) menyampaikan (apa yang didengarinya) kepada orang yang
tidak hadir”, juga
sabda Nabi SAW : (( نضر الله امرءا سمع مقالتي فوعاها فأداها آما سمعها ) yang
bererti: “Allah
mempercahayakan (wajah)
seseorang yang mendengar kata ucapanku, lalu dia memahaminya, lantas
dia menunaikannya (Menunaikannya
iaitu menyampaikannya kepada orang lain sama ada dengan lafaz yang sama tepat
atau dengan makna kerana
harus meriwayatkan hadis Nabi secara makna dengan beberapa syarat tertentu.
Lihat (Syarah
Hadis 40 Nawawi)
karangan al-Imam Ibnu Daqiq, Maktabah al-Turath al-Islamie, Kaherah,1987 pada
syarah muqadimah
ini.)
sebagaimana dia mendengarnya”. Ada sebahagian ‘ulama yang mengumpulkan 40
perkara
mengenai
prinsip-prinsip agama (usuluddin), manakala sebahagian lain mengenai perkara
furu‘ ,
sebahagian yang
mengenai perkara jihad, sebahagian yang lain mengenai zuhud, sebahagian yang
lain
mengenai adab-adab,
sebahagian mereka mengenai khutbah. Semuanya adalah kerja-kerja yang
bertujuan bagus yang
Allah Ta‘ala redhai akan orang-orang yang melakukannya. Saya bercadang
mengumpulkan 40 perkara
yang terlebih utama daripada itu semua, iaitu 40 hadis yang merangkumi
semua topik tersebut,
yang mana setiap hadis (daripada 40 hadis tersebut) menjadi kaedah ( Tunggak
atau
prinsip) yang
agung daripada kaedah-kaedah agama, yang mana hadis itu telah disifatkan oleh
para
‘ulama bahawa
perligaran Islam bersekitar di lingkungannya, atau separuh Islam, atau
sepertiga Islam
atau seumpamanya.
Kemudian saya beriltizam dalam pemilihan 40 hadis ini agar ia merupakan hadishadis
sahih, dan
kebanyakannya adalah terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, di
mana saya menyebut
hadis-hadis tersebut secara dibuang sanadnya agar ia mudah dihafal, dan supaya
manfaatnya lebih
tersebar umum insyaaAllah Ta‘ala, kemudian saya iringi pula hadis-hadis ini
dengan
suatu bab pada
menghuraikan makna lafaz-lafaz hadis (40 ini) yang tersembunyi. Sayugialah bagi
orang yang mencintai
negeri akhirat bahawa dia mengenali hadis-hadis ini justera kandungannya yang
merangkumi perkara-perkara
yang penting dan ingatan tentang segala ketaatan. Yang demikian itu
adalah bagi orang-orang
yang benar-benar bertadabur. Kepada Allah jua pergantungan saya, kepada-
Nya jua harapan dan
sandaran saya, dan segala puja dan nikmat itu bagi-Nya, dan hanya dengan-Nya
jua Taufiq dan ‘Ishmah
(‘Ishmah iaitu pemeliharaan daripada kesalahan. Daripada perkataan
ini datangnya pecahan
perkataan “Ma’sum”).
HADIS 1
عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ
أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا
للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ:
(( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ
آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ
فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا
أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ
إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة
البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین
من أصح الكتب المصنفة.
Daripada Amirul
Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
Rasulullah SAW
bersabda:
Bahawa sesungguhnya
setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap
orang apa yang dia
niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah
dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu
mencari habuannya, atau
kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke
arah perkara yang
ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat
oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim ibn al-Mughirah
ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie
al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang
paling
sahih (Al-Imam
al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab
Iman dan beberapa
tempat lain dalam kitab
sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : إنما
الأعمال
بالنية) باب قوله ) hadis
nombor 1908).
Hadis ini adalah salah
satu hadis utama dalam lslam.
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis
ini - kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting
:
untuk bezakan ibadat
dengan adat.
untuk tentukan qasad
amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan
niat(jahr) - bid’ah mungkarah :
tidak thabit dalam
quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie :
sunnat.
haram sekiranya dengan
jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat).
4) Kesan niat baik pada
perkara yang harus :
dikira sebagai qurbah
(hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya.
makan minum - niat nak
buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri)
jima’@ bergaul dgn
isteri - dikira ibadah (memberi hak).
5) Beberapa Langkah
Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah:
Tidak boleh jadikan
gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas
matahari …..(hadis
nazar seorang lelaki)
Perkara yang mubah
sebagai wasilah kepada ibadah.
Mengambil ia sebagai
tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/
tidak melampau/
menepati syariat.
Menganggap ianya
sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak
makan - berdosa.
Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras
segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk
atau
amalan yang baik tetapi
dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah
walaupun dilakukan
dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana
Allah, seumpama kerana
riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa
faedah.
Ulama ada berkata:
Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang
besar menjadi kecil
kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.
Hijrah adalah suatu
peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa
yang berhijrah kerana
Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana
dunia atau perempuan,
maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah
tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada
melakukan taat, ia juga
dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
HADIS 2
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ أَیْضًا قَالَ: (( بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى الله
عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ ذَاتَ یَوْمٍ إِذْ
طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِیْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِیْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ،
لاَ یُرَى عَلَيْهِ أَثَ رُ
السَّفَرِ وَلاَ یَعْرِفُهُ
مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِي صلى الله عليه وسلم ، فَأَسْنَدَ رُآْبَتَيْهِ
إِلَى
رُآْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ آَفَّيْهِ
عَلَى فَخِذَیْهِ، وَقَالَ: یَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَم، فَقَالَ رَسُولُ
ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
: الإِسْلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ
اللهِ، وَتُقِيْ مَ
الصَّلاَةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّآَاةَ،
وَتَصُوْمُ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاَ. قَا
لَ
صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ
یَسْأَلُهُ وَیُصَدِّقُهُ. قَالَ أَخْبِرْنِي عَنْ الإِیْمَانِ، قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ
بِاللهِ، وَمَلاَئِكَتِهِ،
وَآُتُبِهِ، وَرَسُلِهِ،
وَالْيَوْمِ الآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ.
قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
الإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ
تَعْبُدَ اللهَ آَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ یَرَاكَ. قَالَ:
فَأَخْبِرْنِي عَ نِ
السَّاعَةِ، قَالَ: مَا المَسْؤُولُ
عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّاِئلِ. قَالَ: فَأَخْبِرنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ:
أَنْ تَلِ دَ
الأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ
تَرَى الحُفَاةَ العُرَاةَ العَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ یَتَطَاوَلُوْنَ فِي البُنْيَانِ،
ثُمَّ انْطَلَقَ،
فَلَبِثْتُ مَلِيَّا، ثُمَّ
قَالَ: یَا عُمَر، أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلُ؟ قُلْتُ اَلله وَرَسُولُهُ أَعْلَم. قَالَ:
فَإِنَّهُ جِبْرِیْ لُ
أَتَاآُمْ یُعَلِّمُكُمْ
دِیْنَكُمْ )) رواه مسلم.
Daripada Saiyidina
'Umar juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang
duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami
seorang lelaki yang
memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak
pada dirinya
kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang
mengenalinya.
Lalu dia duduk
menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan
meletakkan dua tapak
tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam.
Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa
tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau
mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke
BaitulLah (Mekah)
sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau. Maka kamipun
merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan
kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau
percaya kepada Allah,
para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa
engkau percaya kepada
Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku
tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah
Allah seolah-olah
engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya
Dia melihatmu. Lelaki
itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
Orang yang ditanya
tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki
itu
berkata: Maka
terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara
tandatandanya
ialah) apabila seorang
hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat
orang-orang miskin yang
berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi
pengembala kamibng
berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian lelaki itu
berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu
siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih
mengetahui. Baginda
bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu
tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi,
kitab al-iman, no:
2535, beliau berkata:
hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud,
kitab al-sunnah,
no:4075, Ibn Majah,
kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة
المبشرین , no: 346).
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Kedudukan hadis ini
- ibu kepada hadis-hadis lain.
mengandungi penjelasan
Din secara keseluruhannya.
2) Islam - terangkum
ibadat badani/ lisani/ maali/ badani wa maali.
3) Iman - asal iman/
iman dan islam/ qaul - amal juga sebahagian dari iman.
hadis Imatotul atza -
tolak pendapat Al Murji’ah.
iman kepada qadho’ dan
qadar………..
4) Membezakan antara
sifat Allah dengan sifat makluk…cth. Ilmu Allah…
5) Tanda-tanda
kedatangan hari Qiamat..
6) Sifat-sifat Jilbril
(Ruh Al-Amiin) : rupa asal - 2 kali
- tahun ketiga dilantik
menjadi rasul - di langit
- semasa isra’ dan
mi’raj - mempunyai enam ratus sayap.
Pengajaran hadis:
Agama lslam adalah
agama yang datang dari Allah. Oleh itu ia dipanggil agama samawie atau bersifat
Rabbaanie, iaitu
bersumberkan wahyu dari langit yang diturunkan melalui malaikat Jibril. la
bukanlah
agama ciptaan akal
manusia yang cetek, kerana itu ia amat sesuai untuk seluruh umat manusia di
setiap
tempat dan zaman.
Hadis ini menerangkan
tiga tunggak agama, iaitu rukun lslam, rukun iman dan ehsan.
Rukun lslam lima
perkara iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima
waktu, membayar zakat,
berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullahilharam.
Rukun lman enam perkara
iaitu percaya atau beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para
Rasul, hari Qiamat dan
beriman dengan qadar baik dan buruk datang dari Allah.
Kesempurnaan seorang
mukmin akan tercapai apabila dia menunaikan segala rukun lslam,
menyempurnakan tuntutan
rukun iman dan sifat ehsan. lslam tidak sempurna kalau hanya diambil dari
segi zahir sahaja, atau
batin sahaja atau aspek kerohanian semata-mata. Kesempurnaan lslam hanya
akan terserlah apabila
diamalkan keseluruhannya.
llmu dalam lslam
mestilah dipelajari secara berguru dan berdasarkan panduan yang betul. llmu
agama
tidak boleh dipelajari
melalui mimpi dan sebagainya.
Seorang murid mestilah
mempunyai adab-adab yang tinggi sebagaimana beradabnya Jibril ketika
datang mengadap
Rasulullah SAW untuk bertanya beberapa soalan agama. Demikian juga seorang
guru mestilah mempunyai
adab yang tinggi. Dia sewajibnya hanya mengajar atau menjawab soalan
yang diketahui dan
meninggalkan apa yang dia tidak tahu. ltu adalah tanda wara' para ulama dan
orang
berilmu.
Hari qiamat adalah
peristiwa besar yang menjadi salah satu rukun lman. Tiada seorang manusiapun
yang tahu bila ia akan
berlaku, walaupun Rasulullah SAW. la adalah sebahagian dari ilmu ghaib yang
tidak diketahui kecuali
oleh Allah SWT. Sesiapa yang mengaku tahu bila berlaku qiamat atau
mengetahui ilmu ghaib,
maka dia adalah seorang penipu besar.
Walaupun tarikh qiamat
tidak diketahui, namun ada beberapa tanda yang menunjukkan ia hampir tiba,
antaranya ialah terjadi
peristiwa seorang ibu melahirkan tuannya atau bossnya sendiri, yang menjadi
hamba kepada anaknya.
Di akhir zaman juga berlaku peristiwa si-miskin yang papa merempat bertukar
menjadi hartawan yang
kaya raya.
HADIS 3
عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ
عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا
للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ
یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله
وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ
الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه
البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul
Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata:
Aku
telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu teribna atas
lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa
sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam
Kitab (al-
Iman) bab
باب الإیمان وقول النبي صلى
الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim
dalam bab ( باب بيان
أرآان الإسلام ودعائمه العظام)
hadis nombor 16).
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai
penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan
melayakkannya masuk
syurga serta jauh dari neraka.
Struktur binaan yang
kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.
2) Ikatan Antara
Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang
menerima sepenuhnya.
Bagi yang menolak
semuanya - hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar
salah satu - bukan muslim (ijma)
Sesiapa yang menerima
tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Sesiapa yang melakukan
dan iqrar secara pura-pura - munafiq
3) Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat
diterima amalan lain.
Solat - penghubung
antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/
berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi
orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib
segerakan.
Haji Mabrur merupakan
sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat
dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.
Pengajaran hadis:
Hadis ini juga
menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan
yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam
seseorang akan goyah
dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh
setiap muslim dengan penuh
ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan,
keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti
keruntuhan, kehancuran
dan kemusnahan lslam.
HADIS 4
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ
عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ
الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ
یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ
عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ
المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ
آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ
الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ
لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ
ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ
أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ
حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ
فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
)). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul
Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda, dan Baginda
adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap
orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
hari berupa air mani,
kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi
seketul daging selama
tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya
ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya, amalannya dan
adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya,
sesungguhnya salah
seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga
jarak antaranya dan
syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan
kitab lantas
dia mengerjakan amalan
ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari
kalangan kamu akan
beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta,
lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan
ahli
syurga lalu dia
memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة)
) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan
dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
kitab ( القدر
) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).
Kefahaman
Hadis :
1) Peringkat
Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang
berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)
Hikmat di sebalik
kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk
mencapai tahap
kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak
gopoh
atau gelojoh.
2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’
menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan
yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari … bagi
menjamin kesucian
rahimnya(tak mengandung).
3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’
menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib
membayar diat (denda)
bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu.
Gugurkan sebelum
ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi
pendapat yang dhaif.
4) Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui
keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan
maksiat, bahagia atau
derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak
menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).
Pengajaran
hadis:
Kejadian manusia yang
unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya
menjadi dalil bahawa
hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah. Kejadian manusia mesti menjadi
renungan manusia yang
berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok
bandingnya - manusia
tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia
yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an
dan hadis Nabi semenjak
14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di
zaman kemajuan sains.
lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini, Dia
jugalah yang Maha
mengetahui rahsia kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup
manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi -
rezekinya, ajal
kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang
susah
atau senang.
Amalan terakhir manusia
adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh
jadi dia sangat baik si
sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka,
iaitu maksiat lalu dia
mati dan mendapat balasan neraka. Begitulah sebalinya.
HADIS 5
عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ
أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ
صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ
فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ
عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
Daripada Ummu
al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang
bukan daripadanya, maka
ia tertolak.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain
berbunyi: Barangsiapa
yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita,
maka ia tertolak ( Al-Imam
al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور
) nombor 2550.
Al-Imam Muslim dalam
kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات
الأمور ) nombor 1718).
Pokok
Perbincangan Hadis :
Larangan mengada-adakan
dalam urusan agama :
a) Dalam Ibadat :
Sesuatu yang dibolehkan
melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam
ibadah lain pula.
(dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)
Ibadah yang langsung
tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup
pintu taubatnya.
Menongkok tambah dalam
ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empatempat)
Mengurangkan sesuatu
dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).
b) Dalam Muamalat :
i) ‘Aqad yang dilarang
oleh Syara’ :
Barang yang hendak
di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).
‘Aqad pada barang yang
diharamkan (arak/ bangkai).
ii) ‘Aqad yang
menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa
izinnya).
Pengajaran
hadis:
lslam adalah agama yang
sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi.
Sebarang tokok tambah,
ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah
bid'ah yang diharamkan,
yang ditolak dan sesat.
Yang dimaksudkan dengan
bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama
mereka cipta cara
beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan
sebagainya.
Setiap muslim mestilah
menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia
boleh membawa kepada
kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
Cukuplah baginya
berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi
menjamin kesejahteraan
agamanya.
HADIS 6
صلى الله عليه عَنْ أَبِي
عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ
الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ
الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ
لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى
الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ
وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى
حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى،
أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ.
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا
فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ
وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Abdullah
al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW
bersabda:
Sesungguhnya perkara
yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara
kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang
kebanyakan orang tidak
mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah
membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh
dalam perkara syubhat,
maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang
mengembala di
sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa
setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah
perkaraperkara
yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka
baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah
hati.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas,
Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan
seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
manakala yang haram
sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara
Syubhat :
berlaku dalam ibadah,
muamalat dan lainnya.
yang tidak jelas halal
dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan
dengan syubhat :
tinggalkan perkara
tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
syubhat pada pandangan
orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah
- dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat -
sifat wara’ - sempurna iman.
4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan
pada hati (hadis - aqal terletak dihati)
hati berpenyakit -
jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.
Pengajaran
hadis:
Seseorang mukmin
mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya
melakukan yang halal
dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.
Perkara yang kesamaran,
yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,
demi menjaga maruah
diri dan keheningan agama.
Sempadan murka dan
redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan
terjebak melakukan
perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalah raja segala
anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru
kerosakan dan
kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang
lain.
HADIS 7
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ
بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
(( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ:
لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ))
. رواه مسلم.
Daripada Abu Ruqaiyyah
Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:
Agama itu adalah
nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk
kitabNya, untuk
RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Kefahaman
Hadis :
1) Nasihah Lillah -
mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.
2) Nasihah Likitabi -
yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk - sebagai Manhaj hidup - sesuai
sepanjang zaman
-berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.
3) Nasihah Lirasulihi-
membenarkan kenabiannya/ ikut ajarannya/ kasih terhadapnya - agungkan
sunnahnya/ kaji
sirahnya/ berakhlak dgn. akhlaknya.
4) Nasihah Li aimmati
muslimin - membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari
berlaku zalim.
5) Nasihah Li
‘ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/ ajar apa yang
mereka
jahil terhadap
agama/galakkan mereka kepada ketaatan.
Pengajaran
hadis:
Agama lslam adalah
agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pemibnaan
umat, menjaga
perpaduan, mencipta kemajuan dan pembangunan, sama ada kemajuan duniawi ataupun
pembangunan rohani.
Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik
dilaksanakan adalah
bertentangan dengan konsep nasihat lslam.
lslam memperuntukkan
hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan
status.
Nasihat yang diberikan
meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.
Nasihat untuk Allah,
KitabNya dan RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan
beramal berpandukan
tuntutannya yang sebenar.
HADIS 8
عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ
الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ
أَنْ أُقَاتِ لَ
النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا
أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ،
وَیُؤْ تُو ا
الزَّآَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا
ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ
عَلَى ا للهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم.
Daripada lbnu 'Umar
r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan
supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka
mendirikan sembahyang
dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka
telah memelihara darah
mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab
perhitungan amal mereka
terserah kepada Allah Ta'ala.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Wajibnya perang -
difardhukan - tolak tipu daya musuh - naikkan bendera Islam.
2) Terpelihara darah
dan harta :
Pokok Perbincangan
i) orang yang mengucap
dua kalimah syahadah.
ii) orang yang
mendirikan solat fardhu.
iii) orang yang
membayar zakat.
iv) orang yang
beriltizam dengan hak-hak Islam.
3) Perjalanan Hukum -
hanya pada zahir - batin serah pada Allah.
Pengajaran
hadis:
Risalah atau misi
kedatangan Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan.
ialah menegakkan dakwah
lslam sehingga tertegak aqidah lslam. Sebarang
Memerangi orang-orang
kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat, agar
risalah lslam tidak
terhalang dari sampai kepada semua manusia. Apabila dakwah sudah sampai,
mereka bebas sama ada
menerima lslam atau sebaliknya.
lslam menjamin hak
pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin
muslim yang mengucap
dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar
zakat. Hak ini terus
terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.
HADIS 9
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ
الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى
ا للهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ
: (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ
مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ
قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah
Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar
Rasulullah SAW
bersabda:
Apa-apa yang aku larang
kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang
aku perintahkan kamu
melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang
terdahulu daripada kamu
telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi
mereka.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Kandungan
Hadis :
1) Sebab Hadis -
Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.
2) Jauhi Larangan :
i) sebab haram - dapat
pahala/ buat dapat dosa.
ii) sebab makruh -
dapat pahala / buat tak berdosa.
3) Buat apa yang
disuruh :
i) wajib - dapat
pahala/ tinggal dapat dosa.
ii) sunat - dapat
pahala/ tinggal tak berdosa.
4) Larangan banyak
bertanya :
perkara yang tidak
dijelaskan oleh syara’.
pada perkara yang tidak
mendatangkan faedah/ tidak dihajati.
pertanyaan berbentuk
mempersendakan/ menghina.
masaalah yang tidak
berlaku.
Pengajaran
hadis:
Seorang mukmin mestilah
menjauhkan sama sekali semua larangan Rasulullah SAW kerana apa yang
dilarang oleh Baginda
pada hakikatnya adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.
Seterusnya dia mestilah
melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang
termampu, tanpa memaksa
diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya
tewas terkulai tidak
berdaya melakukannya sebegitu teruk.
Perintah yang disuruh
melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat. Perintah wajib atau fardhu
mestilah dilakukan
tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur
atau
sakit.
Sifat terlalu suka
bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah
para Nabi dan Rasul
adalah perangai umat yang terdahulu. Lantaran itu, mereka telah ditimpa
kesusahan dan
keibnasaan. Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi
kesilapan ini.
HADIS 10
عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ
الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ
الله تَعَالَى
طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ
طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ
تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَ ا
الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ
وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا
مِ نْ
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ
} ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى
السَّمَآء: یَا رَبّ!
یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ،
وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ
لَهُ!
)) رواه مسلم.
یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا
مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً ( Surah al-Mukminun: 51)
یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا
آُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ ( Surah al-Baqarah: 172)
Daripada Abu Hurairah
r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah
Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik. Dan sesungguhnya
Allah telah
memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada
para
Rasul di mana Allah
Ta'ala berfirman: (Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik
dan hendaklah kamu
beramal soleh). Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang
beriman! Makan minumlah
kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).
Kemudian Baginda
menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai
dan berdebu, yang
menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah doanya
akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan
dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Kefahaman
Hadis :
1) Suci Allah dari
kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak
tidur.
2) Diterima atau tidak
amalan
- bergantung kepada
pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima
atau tidaknya doa/ibadah.
3) Sebab- sebab
diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
perjalanan yang jauh -
(hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm
musafir dan doa bapa
terhadap anaknya)
berpakaian lekeh
(usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.
mengangkat tangan ke
langit - hadis nabi berkenaan dengannya.
mengulang-ulang nama
Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
penjagaan makanan,
minuman dan pakaian .
Pengajaran
hadis:
lslam menuntut umatnya
menjaga diri dari semua aspek; kebersihan diri dan hati, keelokan berpakaian,
kebersihan amalan
perbuatan juga budi pekerti. Sesungguhnya Allah SWT itu baik. Dia hanya
menerima perkara yang
baik-baik sahaja.
Amalan, pakaian, tempat
tinggal, kenderaan dan makanan seseorang mempunyai hubungan rapat
dengan darjat kemuliaan
diri dan peningkatan maqam hatinya. Oleh itu, seorang mukmin dituntut
menjaga amalan, tingkah
laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.
Makanan yang baik ialah
makanan yang halal. lni tidak menafikan makanan yang berzat dan
bervitamin, kerana
Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal.
Makanan dan perbuatan
yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang, sekaligus menghalang
doa daripada
dimakbulkan Allah.
HADIS 11
عن أبي محمد الحسنِ بْنِ
علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ
هِ
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ:
حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ
إِلَى مَ ا
لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي
والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح.
Daripada Abu Muhammad
al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan
orang kesayangan
Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang
meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.
Hadis riwayat
al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Menjauhi perkara
syubhaat :
menjaga marwah dan diri
dari terjatuh kepada yang haram - wara’.
langkah bagi menutup
pintu was-was syaitan.
2) Wara’ salaf terhadap
perkara syubhaat :
kisah Abu Bakar makan
sesuatu yang syubhaat.
kisah Umar Al-Khattab
dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.
3) Meninggalkan perkara
khilaf bukan semestinya wara’ :
dalam perkara-perkara
yang ada rukhsah - ikut lebih baik.
yakin dalam suci dan
syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).
4) Wara’ hanya bagi
orang yang Istiqomah :
yang melakukan perkara
yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang.
mereka yang melakukan
dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat -
wara’ sesat namanya -
kisah darah nyamuk - orang Iraq.
Pengajaran
hadis:
Seorang mukmin tidak
seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu.
Hal ini menyebabkannya
terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu
kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama
adalah suatu sifat
wara' yang terpuji.
Keyakinan adalah asas
amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan
diberikan ganjaran
pahala. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan
mesti diulangi.
HADIS 12
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ
الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ
نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ
مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah
r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada
keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
Hadis ini Hadis Hasan,
diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Antara tanda
Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari
perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
setiap yang baik akan
berganda (10x) sehingga 700 gandaan.
2) Langkah bagi
meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan
runtunan nafsu.
silap faham hadis
menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga
sunat disangkanya perkara
yang tak berkait dengannya.
Pengajaran
hadis:
Seseorang mukmin
dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan
meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.
Antara perkara yang
tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk
di jalan, bertandang ke
rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu
perkara yang tiada
kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga
tepi
kain orang.
Anjuran ini
menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah
pembangunan umat.
Sekiranya semua umat
lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena
mengena dengan dirinya,
nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan
produktiviti yang
berkualiti.
HADIS 13
عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ
بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا
یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hamzah
Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak
benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya
sendiri.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Pokok
Perbincangan Hadis:
1) Nafi Iman - tidak
sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan
kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi
kehidupan Salaf :
kisah Abu Zar
Ibnu Abbas - ketika
menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-
Quran sebagaimana
beliau faham.
Imam Syafi’e -
mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula
kepada orang lain -
cintakan kebaikan utk org lain.
Pengajaran
hadis:
Kasih sayang dan
persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan
sempurna sekiranya dia
ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang
seagama.
Kedudukan kasih sayang
dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan
kedua bagi umat lslam
yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam
adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang
perbezaan darjat.
HADIS 14
عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ
الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ یَحِلُّ
دَ مُ
امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ
بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِیْنِهِ
المُفَارِ قُ
لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري
ومسلم.
Daripada lbnu Mas'uud
r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Darah seseorang muslim
tidak halal kecuali dengan salah satu dari tiga perkara; janda yang berzina,
nyawa dengan nyawa dan
orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Terpelihara darah
orang Islam :
orang yang membunuh
orang Islam dengan cara yang tidak benar - Allah janjikan azab yang pedih.
orang yang bunuhnya
secara sengaja juga bukan dengan hak - janji dilaknat oleh Allah dan diazab.
Rasulullah menjelaskan
- membunuh bukan dengan hak- termasuk dalam tujuh perkara yang
membinasakan.
2) Zina orang yang
berkahwin :
- Ijma’ ulama’ hukumnya
direjam sampai mati - kisah Ma’iz dan Al- Ghamidiyyah - ayatnya
telah dinasakhkan -
hukumnya masih dipakai.
3) Membunuh dengan
sengaja :
- Ijma’ ulama’
mengatakan hukumnya balas bunuh - qisas (al- Maidah :45).
- Dikecualikan (gugur
qisas):
i) bapa bunuh anak
ii) orang Islam bunuh
orang kafir
iii) orang merdeka
bunuh hamba.
- pendapat jumhur Imam
Malik, Ahmad dan Syafi’e.
4) Murtad :
Hukumnya sama sahaja
sama ada lelaki atau perempuan - bunuh.
Hadis Nabi kepada Mu’az
ketika ke Yaman - Bila murtad - nasihat, ajak kembali semula kepada Islam
- jika enggan - penggal
leher.
5) Hukuman Bunuh bagi
kesalahan yang tidak disebut dalam hadis ini:
Liwat - muslim yang
telah berkahwin atau bujang - bunuh.(hadis).
Orang yang cuba memecah
belahkan ikatan orang Islam. - bunuh.
Orang yang membuat
kerosakan di atas muka bumi, penyamun.
Orang yang meninggalkan
solat.
Tukang Sihir - apabila
sihirnya membawa kekufuran(pendapat Syafi’e).
Pengajaran
hadis:
Menurut hukum Allah
seorang mukmin adalah terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta
bendanya daripada
sebarang pencerobohan dan kezaliman. Apabila berlaku pencerobohan terhadap
darah, harta dan
maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara'.
Beberapa orang darahnya
dihalalkan iaitu mesti dihukum bunuh. Mereka ialah penzina yang telah
merasai nikmat
perkahwinan halal, orang yang membunuh tanpa sebab yang dibenarkan oleh syara'
dan
orang yang sengaja
meninggalkan agama dan jamaah muslimah.
HADIS 15
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ
الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ
یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ
فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ
فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ
واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah
r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia
diam. Barangsiapa yang
beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran
tetangganya.
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Kefahaman
Hadis :
1) Pergaulan yang baik
- menyebarkan kasih sayang antara manusia - mengeratkan lagi ikatan
mahabbah sesama ummat.
2) Menjaga Lidah -
berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata, sekiranya perkara itu harus -
diam lebih baik.
- perkara kebaikan -
bercakap adalah lebih baik.
3) Memuliakan Jiran :
i) wasiat mengenai
jiran - ayat Quran - hadis (wasiat jibril pada nabi sehingga nabi menyangka
jiran boleh mewarisi)
ii) Larangan menyakiti
jiran - hadis- hadis berkaitan.
iii) Ihsan pada jiran -
hadiah, salam, senyum ketika berjumpa, tolong ketika susah dll.
iv) Martabat jiran :
i) Jiran Muslim
(mempunyai pertalian keluarga)
- hak jiran, hak Islam
dan hak kerabat.
ii) Jiran Muslim - hak
jiran dan Islam.
iii) Jiran Bukan Muslim
- hak jiran.
4) Memuliakan Tetamu :
- Hukumnya adalah wajib
- tempoh tiga hari.
- Adab-adab melayani
tetamu - rujuk hadis-hadis dan juga kisah nabi Ibrahim.
Pengajaran
hadis:
Hadis ini menerangkan
beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan
berfaedah, kurang
bercakap, menghormati jiran tetangga dan memuliakan tetamu.
Seorang yang
benar-benar beriman akan menjaga lidahnya daripada berbicara perkara haram
kerana dia
akan dipersoalkan di
hari qiamat nanti. Dia lebih senang diam daripada berkata buruk seperti
mengumpat, mengeji,
mencaci, memaki hamun dan mencarut.
Seorang yang
benar-benar beriman akan menghormati jiran tetangga dan tetamunya,
menyempurnakan
hak mereka dan tidak
menyakiti mereka.
Jiran tetangga adalah
suatu golongan yang mendapat perhatian besar dalam lslam. Hormat
menghormati, tolong
menolong dan hidup berjiran yang muafakat adalah asas keamanan, kemajuan dan
keharmonian sesebuah
masyarakat.
HADIS 16
عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ
الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي.
قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ
مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah
r.a.:
Bahawa seorang lelaki
berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki
itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari.
Kefahaman
Hadis:
1) Marah - pengenalan -
punca/ sebab-sebab yang boleh melahirkannya.
2) Marah/murka Allah -
thabit sifat ini pada Allah dan tidak boleh dita’wil lagi, (al-Fath : 6) (Thoha
:
81) - yakin sifat
marahNya tak sama dengan makhluk.
3) Sifat marah yang
dicela : Apabila lahirnya diluar kawalan dan mengikut hawa nafsu, memaki
hamun, mencela, memukul
dll.
4) Sifat marah yang
dipuji : Apabila mempertahankan yang hak, melihat kemungkaran dan apa yang
dibenci oleh Allah.
- contoh : rujuk hadis-
hadis mengenainya, kisah Musa bersama kaumnya,Yunus bersama
kaumnya.
5) Cara untuk
menghilangkan sifat marah :
Doa - agar dibimbing
oleh Allah.
Membiasakan diri dengan
zikrullah - Quran, tasbih, istighfar dll.
Sentiasa ingat
peringatan-peringatan yang diceritakan Allah dalam Quran, pahala orang yang
dapat
mengawal dirinya -
bidadari di Syurga.
Ta’wiz dari syaitan /
ambil wudhu’.
Ubah kedudukan -
berdiri - duduk - baring.
Berikan hak badan -
tidur , rehat dan tidak memenatkan badan.
Pengajaran
hadis:
Hadis ini menerangkan
betapa sifat marah itu perlu dihindari oleh setiap mukmin, kerana marah
membawa banyak
keburukan terhadap diri sendiri juga terhadap orang lain.
Jangan marah ertinya
mengelakkan sebarang sebab yang membawa kepada kemarahan. la juga bererti
menahan marah bila dia
marah. Erti menahan marah ialah menahan dari melaksanakan tuntutan
ledakan marah seperti
memukul, memaki hamun atau mengamuk.
Seseorang yang gagah
perkasa dan handal bukan hanya yang mampu beradu tenaga, bahkan juga orang
yang mampu menahan
marah.
Marah diizinkan hanya
apabila ia didorong oleh perasaan mahu membela kebenaran kerana Allah,
namun mestilah menurut
cara hikmah dan batas yang dibenarkan.
HADIS 17
عَنْ أَبِي یَعْلَى شَدَّادِ
بْنِ أَوْسٍ رَضِىَ الله عَنْهُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
قَالَ: (( إِ نَّ
الله آَتَبَ الإِحْسَانَ
عَلَى آُلَّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ
فَأَحْسِنُوا الذِّبْحَةَ،
وَلْيُحِدَّ أَحَدُآُمْ شَفْرَتَهُ،
وَلْيُرِح ذَبِيْحَتَهُ )) رواه مسلم.
Daripada Abu Ya'la
Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah
menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu
membunuh, maka
perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka
perelokkanlah
penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia
menyenangkan haiwan
sembelihannya itu.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Pokok
Perbincagan Hadis :
1) Hukum Ihsan - wajib
- mengikut istilah “kitabah” yang digunakan. (al-Baqarah:183) (al- Nisa’:
103).
2) Ihsan - ((memberi
manfaat kepada yang lain)) - ada yang wajib/ ada yang sunat.
- ((teliti &
sungguh-sungguh )) - dalam masaalah melakukan ibadah wajib secara zahir dan
batin (yang paling
sempurna).
3) Ihsan dalam hukuman
bunuh ;
perelokkan cara
tersebut - paling mudah dan paling cepat mati.
tujuannya untuk tidak
menyiksa orang yang kena bunuh itu.
cara terbaik untuk
manusia - penggal leher.
4) Ihsan pada
sembelihan :
Dengan menjaga
syarat-syarat, yang wajib dan yang sunat seperti berikut :
Alat yang digunakan
mestilah tajam - (tidak tulang atau kuku).
Putus tiga urat
(serentak) - halqum, marih dan wudjin.
Membaca bismillah
(al-An’am: 121)
Berkeahlian untuk
sembelih - muslim, beraqal, baligh atau ahli kitab.
Tidak mengacukan mata
pisau atau lainnya di hadapan binatang tersebut.
Tidak memotong
mana-mana bahagian binatang itu sehinggalah telah sempurna matinya - tidak pula
melampau (putus
kepala).
Pengajaran
hadis:
lslam adalah agama
Ehsan. Ehsan bererti berbuat baik.Tuntutan ehsan bererti sesuatu kerja mesti
dilakukan dengan
benar-benar sempurna dan cemerlang, bukan sekadar melaksanakan kerja
sematamata.
Ehsan yang dianjurkan
oleh lslam adalah Ehsan yang telah melahirkan suatu tamadun manusia yang
gemilang dan cemerlang,
kerana setiap umat lslam dituntut melakukan kerja dengan mutu kerja yang
paling maksimum.
Ehsan yang dianjurkan
bukan terhad kepada manusia sahaja, bahkan merangkumi ibnatang dan
makhluk lain,
sehinggakan mahu membunuh, iaitu membunuh tuntut balas dan menyembelihpun,
lslam
menuntut supaya
dilakukan secara Ehsan, iaitu dengan cara terbaik, bukan dengan cara yang
menambahkan kesakitan
dan penyeksaan sebelum mati. lni membuktikan ketinggian budi, kehalusan
hati dan keluhuran
perasaan orang-orang lslam yang mampu mencipta peradaban yang tinggi.
HADIS 18
عَنْ أَبِي ذَرٍّ جُنْدُبِ
بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا
عَنْ رَسُوْ ل
الله صَلَّى الله عَلَيْهِ
وَسَلَّم قَالَ: اتَّقِ الله حَيْثُمَا آُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ
تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّا سَ
بِخُلُقٍ حَسَنٍ)) رواه الترمذي
وقال حدیث حسن، وفي بعض النسخ حسن صحيح.
Daripada Abu Zar Jundub
ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah
SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau
kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan
kebaikan, nescaya ia
akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan
budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam
al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,
ia adalah Hadis Hasan
Sohih.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Wasiat Allah yang
Agong:
- untuk orang-orang
terdahulu & kemudian (an-Nisa’: 131).
- Nabi memulakan
khutbahnya dengan wasiat ini. (Aali Imran : 102). (an-Nisa: 1), (al-
Ahzab:70) .
2) Taqwa - Sesuatu yang
diletakkan oleh sesaorang hamba di antaranya dengan apa yang ditakuti dari
Allah iaitu murkaNya,
dendamNya dan azabNya.
- juga termasuk dalam
taqwa - melakukan perkara wajib/ tinggal yang haram.
3) Kelebihan sifat ini
:
Orang yang mempunyai
sifat ini akan mewarisi syurga.
Taqwa sebagai penyebab
bagi kecintaan Allah terhadap hambaNya.
Dibuka semua pintu
barakat yang berada di langit dan di bumi.
Janji Allah
pertolonganNya sentiasa mengiringi orang bertaqwa.
Mempermudahkan bagi
mereka urusan dunia dan akhirat.
Balasan yang baik bagi
mereka di dunia dan di akhirat.
4) Taqwa yang
dikehendaki :
ketika sunyi dan juga
terang-terangan - rasa diperhatikan oleh Allah.
tidak rasa muraqabah
Allah - alamat ada penyakit hati. (an-Nisa’:108).
5) Maksud perkara yang
baik memadamkan yang jahat:
Setengah pendapat
-“hasanah” bermaksud taubat (an-Nisa’:17).
yang dikehendaki ialah
“Taubat Nasuha” -jumhur (al-Furqan:69)
hanya dosa-dosa kecil
sahaja yang dihapuskan dengan amalan yang baik.
dalil terhapus dosa
kecil dgn taubat.(an-Nur:31).
6) Akhlak yang baik
sebahagian dari taqwa;
tanda sempurna iman/
tidak ada padanya sifat-sifat mazmumah.
cara memperelokkan akhlak
- mengambil qudwah dari nabi saw. Mempelajari sirahnya - cara adab
dengan Allah, adab
dengan sesama manusia, sesama keluarga dan para sahabat. (al-Ahzab:21).
Pengajaran
hadis:
Taqwa dituntut walaupun
di mana seorang mukmin berada, sama ada di khalayak ramai mahupun di
ketika keseorangan. lni
adalah tanda keikhlasan lman dan taqwa. lslam menolak sifat berpura-pura dan
munafik yang hanya
mempamerkan kebaikan di depan orang dan berbuat kejahatan apabila jauh
daripada pandangan
manusia.
Melakukan kesalahan
adalah tabiat semulajadi manusia. Oleh itu apabila mereka melakukan kesilapan,
mereka dituntut agar
mengiringi kejahatan tersebut dengan amal soleh kerana ia boleh menghapuskan
kejahatan tersebut.
Akhlak dan budi pekerti
yang mulia amat dituntut oleh agama. la adalah teras perhubungan dan
mu'amalah dalam
masyarakat lslam. Dengan akhlak yang baik, keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat penyayang
dapat dilahirkan.
HADIS 19
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ
اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: آُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى
الله عَلَيْ هِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ:
(( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ آَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ
الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ
الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ
عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْ كَ
بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ
إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ آَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ
بِشَيْءٍ لَ مْ
یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ
قَدْ آَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي
وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة
غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي
الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي
الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ
لَمْ یَكُ نْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ
أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ
یُسْرًا))
Daripada Abu al-'Abbas,
Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku pernah duduk di belakang
Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai
anak! Sesungguhnya aku
mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah
akan memeliharamu.
Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau
meminta, maka pintalah
dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan
dengan Allah.
Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat
kepadamu, mereka tidak
akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang
memang Allah telah
tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu
dengan suatu mudharat,
nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang
Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan
lembaranlembaran
telah kering
(dakwatnya).
Hadis riwayat al-lmam
al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sohih.
Dalam riwayat selain
al-Tirmizi, hadis berbunyi:
Peliharalah Allah,
nescaya engkau akan dapatiNya di hadapan engkau. Kenalilah Allah ketika senang,
nescaya Dia akan
mengenalimu di ketika susah. Ketahuilah bahawa apa-apa yang (ditakdirkan) tidak
menimpamu, ia tidak
akan menimpamu. Dan apa-apa yang menimpamu bukannya ia tersilap
menimpamu. Ketahuilah
bahawa kemenangan itu ada bersama kesabaran, terlepas dari kesempitan itu
ada bersama kesusahan
dan bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Menjaga Hak Allah,
Allah akan menjaga kamu:
melaksanakan segala
suruhan, meninggalkan semua larangan.
Allah akan menjaga
kemaslahatan duniawi - kesihatan/anak/keluarga/harta.
dipelihara din &
iman dari syubhat yang menyesatkan/perkara-perkara haram.
2) Pertolongan &
bantuan Allah kepada Orang yang bertaqwa:
jaga hak Allah pada
diri dan keluarganya - menepati Quran dan Sunnah.
dalil bantuan/Allah
bersama (an-Nahl : 128),(at-Taubah : 40),(al-Mujadalah : 7 ).
3) Meminta pertolongan
hanya pada Allah:
memohon pertolongan
dalam melakukan ketaatan/ meninggalkan maksiat.
bersabar atas takdir/
tetapkan pendirian pada hari bertemu Allah.
4) Beriman kepada
Qadho’ dan Qadar :
- dalil (at-Taubah :
51) (Aali Imran : 154).
5) Mengingati Allah
ketika senang, Allah akan mengingati kamu ketika susah .
6) Kemenangan bersama
kesabaran: (a-Baqarah : 249) (al-Anfal:66).
7) Bersama Bala(karb)
itu ada jalan keluar(farj) : (al-Baqarah:214).
8) Bersama kepayahan
ada kesenangan (al-Asr) .
Pengajaran
hadis:
Seorang mukmin mesti
menjaga dan memelihara hak kewajipan terhadap Allah setiap masa dan
tempat, lebih-lebih
lagi ketika dia dalam kesenangan. Dengan ini dia akan dijaga dan dipelihara
Allah
sepanjang masa,
terutamanya ketika ditimpa kesusahan hidup.
Segala permintaan,
mohon pertolongan dan perlindungan hendaklah hanya ditujukan kepada Allah
SWT semata-mata. Tidak
ada makhluk atau Tuhan lain yang mampu menolong dan melindungi
manusia kecuali Allah
SWT jua.
Segala apa yang berlaku
dan menimpa manusia adalah ketetapan Allah SWT, bukannya kerana sebab
dan usaha manusia.
Manusia tidak berkuasa untuk memberi manfaat atau memberi mudharat kepada
mana-mana hamba,
walaupun seluruh manusia dan jin berhimpun untuk bergotong royong
melakukannya.
Umat lslam mestilah
yakin bahawa kemenangan akan tercapai dengan adanya kesabaran, setiap
keperitan hidup pasti
ada penyelesaiannya dan setiap kesusahan ada bersamanya kesenangan.
HADIS 20
عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ
بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ
الله
صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم
: (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ آَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ
تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَ ا
شِئْتَ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Mas'uud
'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda:
Sesungguhnya antara
kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh
manusia ialah: Jika
engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Malu- akhlak para
nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).
2) Makna suruhan dalam
hadis :
Suruhan sebagai tahdid
(kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
Suruhan terhadap
perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
Suruhan sebagai pilihan
- sifat malu sebagai bentengnya.(dlm perkara maksiat).
3) Malu terbahagi dua :
yang boleh diusahakan -
mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
yang tak boleh
diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki(kebaikan).
4) Malu yang dicela -
yang tidak menepati syarak :malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam
keadaan jahil.
Pengajaran
hadis:
Malu adalah salah satu
sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak
menghasilkan sesuatu
kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.
Sejarah membuktikan
bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat
malu, mereka mampu
membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.
Malu sejati ialah malu
yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.
Malu melakukan kebaikan
adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu
mengerjakan ketaatan
kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.
HADIS 21
عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة
سفيان بن عبد الله t قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه
أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.
Daripada Abu `Amru -
atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai
Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi
bertanya kepada orang
lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah.
Kemudian hendaklah
engkau beristiqamah.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Makna Istiqomah :
- perbetulkan aqidah -
beriltizan dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
- (Qurtubi) betul
I’tiqad, kata-kata dan perbuatan - beriltizam. (Fusshilat : 30).
2) Kelebihan Istiqomah
:
- diperluas/mudahkan
rezeki di dunia (Fusshilat : 30-32) (al-Jin : 16).
- diberi keamanan
ketika mati, di kubur dan ketika dibangkitkan.
- dihilangkan kesedihan
berpisah dengan keluarga.
- didatangkan khabar
gembira (pengampunan dosa), (amal diterima) dan (syurga).
3) Istiqomah di atas
Jalan yang Lurus :
- perintah Allah untuk
nabi dan ummatnya supaya menepatu syara’ (Hud : 112).
i) Istiqomah Hati :
- sebagai Raja kepada
Jasad, Istiqomahnya akan menentukan istiqomah yg lain.
ii) Istiqomah Lidah :
- sebagai penterjemah
kepada Hati/ juga punca kecelakaan kepada tuannya.
- sebagai renungan
(qoof : 18), (al-Isra’ : 36).
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis menuntut agar
seorang mukmin sentiasa mengambil berat soal lman, tauhid dan aqidahnya,
selalu memperbaharui
imannya kepada Allah, seterusnya beristiqamah menunaikan tuntutan lman yang
didakwa itu.
(2) lstiqamah bererti
melalui suatu jalan yang lurus, jitu dan tepat.
(3) lstiqamah dalam
menunaikan tuntutan lman adalah suatu jihad. Ramai orang lslam yang hanya
mengaku beriman namun
gagal lstiqamah menunaikan tuntutan lman.
(4) lman dan lslam
mempunyai konsep pelaksanaan yang mudah tanpa berbelit-belit atau sukar
difahami. Seseorang
hanya dituntut beriman kemudian beristiqamah melaksanakan lslamnya tanpa
berfalsafah. Amal dan
lstiqamah menjadi sulit hanya apabila iman yang diukir hanya di bibir atau di
hujung lidah
semata-mata.
HADIS 22
عن أبي عبد الله جابر بن
عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما، أن رجلا سأل رسول الله e
فقال: أرأیت إذا صليت المكتوبات
وصمت رمضان وأحللت الحلال، وحرمت الحرام، ولم
أزد على ذلك شيئا، أدخل الجنة؟
قال نعم )) رواه مسلم. ومعنى حرمت الحرام اجتنبته،
ومعنى أحللت الحلال فعلته
معتقدا حله.
Daripada Abu Abdullah
Jabir ibn Abdullah al-Ansarie r.a., رضي الله عنهما (beliau meriwayatkan):
Bahawa seorang lelaki
telah bertanyakan Rasulullah SAW, dia berkata: Bagaimana pandanganmu jika
aku mendirikan
sembahyang-sembahyang fardhu, aku berpuasa bulan Ramadhan, aku menghalalkan
perkara yang halal dan
aku mengharamkan perkara yang haram. Aku tidak akan menambah apa-apa
lagi lebih daripada
itu. Apakah aku akan masuk syurga? Baginda bersabda: Ya!
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1) Yang bertanya ialah
: Nu’man bin Qauqal(sahabat) - menyertai perang Badar/syahid dalam perang
Uhud.Keimanannya
terhadap syurga dan apa yang dijanjikan oleh Allah telah mendorong beliau untuk
bertanya Nabi tentang
hadis ini.
2) Menunaikan Solat
Fardhu :
- wajib berjamaah di
masjid - pendapat kebanyakan sahabat/ tidak ada sahabat yang khilaf.
- solat yang paling
dicuaikan oleh orang munafiq (( Isyak dan Subuh)) - kalau mereka tahu
fadhilatnya nescaya
mereka akan usha untuk mendapatkannya, walaupun dalam keadaan merangkak.
3) Wajib puasa Ramadhan
4) Yakin - mengharamkan
apa yang dihalalkan oleh Allah - hukumnya kufur.
5) Yakin - menghalalkan
apa yang diharamkan oleh Allah - hukumnya kufur.
Bentuk-bentuk haram
dita’birkan dengan nama yang berlainan:
Antaranya maksiat,
dosa, khotar dll. Didatangkan dalam bentuk :
i) Larangan (nahyu) -
misal (Hujuraat : 12 )
ii) Janji buruk ke atas
pembuat (wa’iid) - (Aali ‘Imran : 77 ).
iii) Lafaz tahrim -
An-Nisaa’ : 23 ) .
Penghalalan dan
pengharaman adalah hak Allah - dia yang mengetahui apa yang baik bagi manusia
di
dunia dan di akhirat -
sesiapa yang menceroboh haknya akan diazab.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis menerangkan
betapa apabila seorang mukmin benar-benar menunaikan segala
tanggungjawab agama
yang fardhu dengan sempurna, menghalalkan perkara yang halal dan
mengharamkan perkara
yang haram, dia akan masuk syurga walaupun dia tidak melakukan amalanamalan
sunat yang lain. lni
adalah kemurahan dan rahmat Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.
(2) Hanya melaksanakan
amalan fardhu tanpa yang sunat di sini ertinya melakukannya dengan
sempurna tanpa cacat,
tanpa meninggalkannya atau mencuaikannya.
(3) Menghalalkan
perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram bukan hanya dengan
lidah tetapi hendaklah
secara praktik, iaitu dengan mengerjakan apa yang halal kalau dia mahu dan
menjauhkan segala
perkara yang haram.
HADIS 23
عن أبي مالك الحارث بن عاصم
الأشعري t قال: قال رسول الله e : (( الطهور شطر
الإیمان، والحمد لله تملأ
الميزان، وسبحان الله والحمد لله تملآن أو تملأ ما بين السماء
والأرض، والصلاة نور، والصدقة
برهان، والصبر ضياء، والقرآن حجة لك أو عليك، آل
الناس یغدو فبائع نفسه فمعتقها
أو موبقها )) رواه مسلم.
Daripada Abu Malik
al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah
bersabda:
Kebersihan itu
sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca
timbangan.
Ucapan zikir SubhaanaLlah
dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan
bumi. Sembahyang itu
adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an
itu
adalah hujah bagimu
atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual
dirinya, ada yang
memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Pokok
Perbincangan Hadis :
1. Kebersihan
sebahagian iman : (pendapat ulama’)
a) pahala pada
kebersihan - berganda sehingga separuh pahala iman.
b) yang dikehendaki
ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).
Yang dimaksudkan di
sini ialah wudhu’.
c) bersih dari hadas
besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki
iman itu ialah solat.
d) yang dimaksudkan
dengan bersih itu ialah wudhu’ - menghapuskan dosa-dosa kecil.
2. Galakkan mengingati
Allah ;
Pengajaran
hadis:
(1) lslam amat
menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada
lman.
(2) Semua amalan soleh
merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai
nilai yang tinggi. Ada
amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang
menjadi pemberat
mizannya dan sebagainya.
(3) Setiap manusia
dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau
kecelakaan. Ada yang
menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada
yang menjual dirinya
kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.
HADIS 24
عن أبي ذر الغفاري t عن النبي
e فيما یرویه عن ربه عز وجل أنه قال: یا عبادي! إني
حرمت الظلم على نفسي، وجعلته
بينكم محرما فلا تظالموا، یا عبادي! آلكم ضال إلا من
هدیته فاستهدوني أهدآم، یا
عبادي! آلكم جائع إلا من أطعمته فاستطعموني أطعمكم، ی ا
عبادي! آلكم عار إلا من آسوته
فاستكسوني أآسكم، یا عبادي! إنكم تخطؤون بالليل
والنهار وأنا أغفر الذنوب
جميعا، فاستغفروني أغفر لكم، یا عبادي! إنكم لن تبلغوا ضري
فتضروني ولن تبلغوا نفعي
فتنفعوني، یا عبادي! لو أن أولكم وآخرآم وإنسكم وجنكم آانو ا
على أتقى قلب رجل واحد منكم،
ما زاد ذلك في ملكي شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم
وآخرآم وإنسكم وجنكم آانوا
على أفجر قلب رجل واحد منكم، ما نقص ذلك من ملكي
شيئا، یا عبادي! لو أن أولكم
وآخرآم وإنسكم وجنكم قاموا في صعيد واحد فسألوني
فأعطيت آل واحد مسألته ما
نقص ذلك مما عندي إلا آما ینقص المخيط إذا أدخل البحر، ی ا
عبادي! إنما هي أعمالكم أحصيها
لكم، ثم أوفيكم إیاها، فمن وجد خيرا فليحمد الله، ومن
وجد غير ذلك فلا یلومن إلا
نفسه )) رواه مسلم.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Daripada Abu Zar
al-Ghifari r.a. daripada Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh
Baginda daripada Allah
SWT bahawa Dia berfirman:
Wahai hamba-hambaKu!
Sesungguhnya aku mengharamkan ke atas diriKu kezaliman dan Aku
jadikannya di kalangan
kamu sebagai suatu perkara yang diharamkan, maka janganlah kamu saling
zalim-menzalimi.
Wahai hamba-hambaKu!
Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah
kamu meminta hidayat
dariKu.
Wahai hamba-hambaKu!
Kamu semua lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah
kamu meminta makan
daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu makan.
Wahai hamba-hambaKu!
Kamu semua telanjang kecuali orang yang Aku berikannya pakaian, maka
hendaklah kamu meminta
pakaian daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian.
Wahai hamba-hambaKu!
Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan
semua dosa, maka
mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu.
Wahai hamba-hambaKu!
Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga
kamu boleh
memudharatkan Aku.
Wahai hamba-hambaKu!
Dan selama-lamanya kamu tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku
sehingga kamu boleh
memberi manfaat kepada Aku.
Wahai hamba-hambaKu!
Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia
dan jin di kalangan
kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang
paling bertaqwa di kalangan
kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu!
Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia
dan jin di kalangan
kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang
paling jahat di
kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang-cacatkan apa-apapun dalam
kerajaanKu.
Wahai hamba-hambaKu!
Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia
dan jin di kalangan
kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka meminta
daripadaKu (iaitu
meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan setiap orang dari kalangan
mereka permintaannya,
nescaya hal itu tidak mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu
kecuali umpama
berkurangnya air laut apabila dicelupkan sebatang jarum.
Wahai hamba-hambaKu!
Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya
bagi kamu, kemudian Aku
sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan
maka hendaklah dia
memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia
mencela kecuali mencela
dirinya sendiri.
Hadis qudsi ini
mempunyai banyak pengajaran antaranya:
(1) Zalim adalah suatu
sifat keji yang diharamkan Allah SWT ke atas diriNya dan ke atas hambahambaNya.
Barangsiapa yang
melakukan kezaliman bererti dia telah melampaui batasan yang
digariskan oleh Allah
SWT.
(2) Semua hamba adalah
berhajat dan bergantung penuh kepada kurniaan dan kemurahan Allah SWT.
Dialah Tuhan yang
memberikan petunjuk, memberikan rezeki, memberi pakaian dan Dia juga Tuhan
Yang Maha Pengampun
segala dosa hamba-hambaNya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa
mendahului murkaNya.
(3) Segala permohonan
hendaklah hanya diajukan kepada Allah SWT, sama ada permohonan meminta
hidayah, rezeki,
makanan dan pakaian juga permohonan agar diampunkan segala dosa.
(4) Sesungguhnya Allah
SWT Maha Gagah Perkasa. Manusia sekali-kali tidak mampu
memberikanNya manfaat
dan mudharat.
(5) Segala perbuatan
manusia sama ada ketaqwaan atau kejahatan, walaupun pada tahap yang paling
maksimum dan paling
dahsyat, semuanya tidak akan menambah atau menjejaskan kedudukan Allah
SWT walaupun sedikit.
(6) Segala kurniaan
Allah kepada seluruh manusia dan jin, biar betapa banyak sekalipun, ia tidak
akan
mengurangkan apa yang
dimilikiNya walaupun sedikit. la hanya umpama air yang terlekat pada
sebatang jarum kerdil
yang dijunamkan ke lautan luas.
(7) Setiap amalan
manusia akan dihitung satu persatu oleh Allah SWT dan Dialah yang akan
menyempurnakan
pembalasannya, sama ada balasan baik mahupun buruk.
HADIS 25
عن أبي ذر t أیضا (( أن أناسا
من أصحاب رسول e قالوا للنبي e : یا رسول الله ذهب
أهل الدثور بالأجور: یصلون
آما نصلي، ویصومون آما نصوم، ویتصدقون بفضول
أموالهم. قال: أو ليس قد
جعل لكم ما تصدقون: إن لكم بكل تسبيحة صدقة، وآل تكبيرة
صدقة، وآل تحميدة صدقة، وآل
تهليلة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن منكر
صدقة وفي بضع أحدآم صدقة.
قالوا : یا رسول الله أیأتي أحدنا شهوته ویكون له فيه ا
أجر؟ قال: أرأیتم لو وضعها
في حرام أآان عليه وزر فكذلك إذا وضعها في الحلال آان له
أجر )) رواه مسلم.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Daripada Abu Zarr r.a.
juga, (beliau meriwayatkan):
Bahawa sebahagian
sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: Wahai Rasulullah! Orangorang
kaya telah mendapat
banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang,
mereka berpuasa
sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.
Baginda bersabda:
Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah
dengannya? Sesungguhnya
dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah
sedekah, setiap kali
tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar
ma'aruf itu sedekah,
menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah
sedekah. Mereka
bertanya: Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan
syahwatnyapun dia
beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia
melepaskan syahwatnya
pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia
melepaskannya pada
tempat yang halal, dia beroleh pahala.
Pengajaran
hadis:
(1) Para sahabat
Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu teladan yang baik di mana mereka sering
berlumba-lumba mahu
melakukan kebaikan.
(2) Setiap amalan soleh
mempunyai nilaiannya yang tersendiri di sisi Allah SWT dan ia tidak akan
dipersia-siakan sama
sekali.
(3) Banyak amalan soleh
yang boleh dilakukan bagi menambahkan pahala kebajikan seperti bertasbih
iaitu mengucap ( سبحان الله
), bertahmid iaitu mengucap ( الحمد لله ), bertahlil iaitu mengucap ( ,(لا إله إلا
الله
menyuruh orang berbuat
ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Semuanya diberikan pahala sedekah
sehinggakan melakukan
hubungan sekspun dianggap sedekah! Kerana kalau dia berzina, dia dianggap
berdosa dan akan menerima
azab. Alangkah indahnya ajaran lslam.
(4) Bagi orang-orang
kaya yang mempunyai lebihan harta, mereka hendaklah selalu bersedekah,
lebihlebih
lagi kalau mereka
terlalu sibuk dengan urusan harta sehingga kurang bermasa untuk melakukan
amal ibadat sunat yang
lain.
(5) Seorang kaya yang
suka bersedekah dan rajin pula melakukan ibadat sunat seperti berzikir yang
dianjurkan dalam hadis
ini, dia sudah tentu akan mendapat ganjaran dan darjat yang lebih tinggi di
sisi
Allah SWT.
HADIS 26
عن أبي هریرة t قال: قال
رسول الله e : (( آل سلامى من الناس عليه صدقةٌ آل یوم
تطلع فيه الشمس، تعدل بين
اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة، والكلمة
الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق صدقة ))
رواه البخاري ومسلم.
Hadis riwayat al-lmam
al-Bukhari dan Muslim.
Daripada Abu Hurairah
r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Setiap anggota badan
manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau
berlaku adil (iaitu
mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah,
engkau membantu
seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas
kenderaannya adalah
sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau
hayunkan kaki pergi
sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya
adalah sedekah.
Pengajaran
hadis:
(1) Seperti hadis 25,
hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadangkadang
dianggap biasa atau
sedikit, akan mendapat pahala sedekah.
(2) Seorang mukmin
boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya.
Tangannya, kakinya,
mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal
kebajikan.
(3) Ruang untuk
mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal
ibadat khusus
semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan
yang
dianggap biasa menjadi
ibadat dan diberikan pahala.
HADIS 27
عن النواس بن سمعان t عن
النبي e قال: (( البر حسن الخلق. والإثم ما حاك في نفسك
وآرهت أن یطلع عليه الناس
)). رواه مسلم. وعن وابصة بن معبد t قال: (( أتيت رسول
الله e فقال: ( جئت تسأل
عن البر؟ قلت: نعم. قال: استفت قلبك البر ما اطمأنت إليه النفس
واطمأن إليه القلب، والإثم
ما حاك في النفس وتردد في الصدر وإن أفتاك الناس وأفتوك ))
حدیث حسن رویناه مي مسندي
الإمامين؛ أحمد بن حنبل والدارمي بإسناد حسن.
Daripada al-Nawwas ibn
Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah
keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan
engkau
benci orang lain
mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim.
Dan daripada Waabisoh
ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda:
Engkau datang mahu
bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa
dari hatimu. Kebajikan
itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya,
dan dosa itu itu ialah
suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun
ada
orang yang memberikan
fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu.
Hadis Hasan riwayat
al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik.
Pengajaran
hadis:
(1) Kebajikan atau
kebaikan ialah perkara yang hati seorang mukmin merasa tenang dan baik,
sedangkan kejahatan
atau dosa pula ialah apa yang hatinya merasa keluh kesah, gementar dan merasa
takut kalau-kalau
diketahui oleh manusia. Seorang mukmin, dengan firasat hatinya boleh menduga
baik
buruk sesuatu perkara.
Walau apapun pandangan orang lain, dia lebih berhak membuat pendirian
berdasarkan iman dan
firasatnya. Namun perasaan dan firasatnya itu tidak boleh bertukar menjadi
hukum syara' atau fatwa
yang memestikan orang lain mengikutinya. la hanya boleh digunakan untuk
dirinya sendiri.
Kebaikan atau kebajikan yang diberikan kelonggaran untuk kita meminta fatwa
hati
ialah kebajikan yang
masih kesamaran, adapun yang memang sudah ada nas yang jelas, maka ia mesti
dianggap kebaikan
biarpun hati berat menerimanya. Demikian juga keburukan yang sudah ada nas
yang jelas, ia tidak
boleh dipertikaikan atau ditakwil lagi berdasarkan perasaan dan firasat hati.
Perasaan hati hanya
boleh dipakai apabila selari dengan kaedah hukum syara' dan selagimana tidak
bercanggah dengan hukum
hakam agama.
HADIS 28
عن أب نجيح العرباض بن ساریة
t قال: (( وعظنا رسول الله e موعظة وجلت منها
القلوب، وذرفت منها العيون
فقلنا: یا رسول الله آأنها موعظة مودع فأوصنا. قال: أوصيكم
بتقوى الله عز وجل، والسمع
والطاعة وإن تأمر عليكم عبد، فإنه من یعش منكم بعدي
فسيرى اختلافا آثيرا فعليكم
بسنتي وسنة الخلفاء الراشدین المهدیين، عضوا عليه ا
بالنواجذ، وإیاآم ومحدثات
الأمور، فإن آل بدعة ضلالة )) رواه أبو داود والترمذي وقال:
حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat Abu Dawud
dan al-Tirmizi. al-Tirmizi berkata ia hadis sahih.
Daripada Abu Najih
al-'lrbadh ibn Sariyah r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah
menasihati kami suatu nasihat yang menggetarkan hati dan mencucurkan
airmata. Kami berkata:
Ya Rasulullah! la seolah-olah nasihat orang yang mahu mengucapkan selamat
tinggal, maka
berikanlah kami wasiat. Baginda bersabda: Aku mewasiatkan kamu supaya bertaqwa
kepada Allah 'Azza
Wajala, supaya mendengar dan taat, sekalipun kamu diperintah oleh seorang
hamba. Sesungguhnya,
barangsiapa di kalangan kamu yang masih hidup nanti, necaya dia akan melihat
banyak perselisihan.
Maka hendaklah kamu mengikuti sunnahku dan sunnah khulafa' Rasyidin yang
mendapat hidayat.
Gigitlah ia dengan kuat (iaitu berpegang teguhlah kamu dengan sunnah-sunnah
tersebut) dan
berwaspadalah kamu dari melakukan perkara-perkara yang diada-adakan, kerana
setiap
perkara yang
diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap
kesesatan itu
dalam neraka.
Pengajaran
hadis:
(1) Ucapan nasihat dan
peringatan adalah penting dalam kehidupan umat lslam. Pengajaran dan
peringatan hendaklah
disampaikan secara bersungguh-sungguh dan berkesan agar ia memberikan kesan
positif kepada para
pendengar.
(2) Rasulullah SAW
berwasiat dalam hadis ini beberapa perkara penting, antaranya; supaya bertaqwa
kepada Allah SWT, patuh
dan taat kepada pemerintah biarpun dia adalah orang yang berasal dari
keturunan bawahan atau
hamba 'abdi, kerana yang penting apa yang diperintahkan, bukan orang yang
memerintah.
(3) Masalah melantik
hamba abdi menjadi ketua masih diperselisihkan oleh para ulama, namun
Rasulullah SAW menyebut
hal ini bagi menunjukkan peri pentingnya tuntutan patuh dan taat bagi
seorang mukmin terhadap
ketuanya selagimana perintahnya tidak bertentangan dengan syara'.
(4) Umat akhir zaman
diancam oleh perselisihan dan perpecahan. Justeru itu Nabi SAW berpesan agar
umat Baginda berpegang
teguh dengan sunnah Baginda SAW dan sunnah para khulafa' Rasyidin.
Baginda menyeru mereka
agar menggigit sunnah-sunnah tersebut. Ungkapan ini memberi erti betapa
perlunya berpegang
teguh dengan sunnah Nabi dan Khulafa' Rasyidin serta menjauhkan perkara bid'ah
yang sesat, perkara
yang diada-adakan dalam agama kerana semua bid'ah adalah kesesatan yang
akhirnya membawa
pengamalnya ke lembah neraka.
HADIS 29
عن معاذ بن جبل t قال: قلت
: (( یا رسول الله! أخبرني بعمل یدخلني الجنة ویباعدني عن
النار. قال: لقد سألت عن
عظيم، وأنه ليسير على من یسره الله تعالى عليه: تعبد الله لا
تشرك به شيئا، وتقيم الصلاة،
وتؤتي الزآاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت. ثم قال: ألا
أدلك على أبواب الخير؟ الصوم
جنة، والصدقة تطفئ الخطيئة آما یطفئ الماء النار،
وصلاة الرجل في جوف الليل،
ثم تلا { تتجافى جنوبهم عن المضاجع } حتى بلغ {
یعملون } ثم قال : ألا أخبرك
برأس الأمر وعموده وذروة سنامه؟ قلت بلى یا رسول الله.
قال: رأس الأمر الإسلام،
وعموده الصلاة، وذروة سنامه الجهاد. ثم قال: ألا أخبرك بملاك
ذلك آله؟ بلى یا رسول الله
فأخذ بلسانه وقال: آف عليك هذا. قلت: یا نبي الله، وإن ا
لمؤاخذون بما نتكلم به؟ فقال:
ثكلتك أمك! وهل یكب الناس في النار على وجوههم، أو قال
على مناخرهم إلا حصائد ألسنتهم؟
)) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam
al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis sahih.
Daripada Mu'az ibn
Jabal r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Ya
Rasulullah! Terangkan padaku suatu amalan yang boleh memasukkan aku ke dalam
syurga dan menjauhkan
aku daripada api neraka. Baginda bersabda: Sesungguhnya engkau telah
bertanya suatu perkara
besar, namun sesungguhnya ia adalah ringan bagi orang yang dipermudahkan
Allah; iaitu engkau
menyembah Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu, engkau mendirikan
sembahyang, menunaikan
zakat, berpuasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah.
Kemudian Baginda
bersabda: Apakah engkau mahu aku tunjukkan beberapa pintu kebajikan? Puasa itu
adalah perisai, sedekah
dapat madamkan dosa seumpama air memadamkan api dan sembahyang
seorang lelaki di
tengah malam. Kemudian Baginda membaca ayat al-Qur'an yang bererti:
(Tulangtulang
rusuk mereka telah
renggang dari tempat tidur mereka. Mereka menyeru Tuhan mereka dengan
perasaan takut dan
penuh harapan dan mereka membelanjkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan
kepada mereka.
Seseorang tidak mengetahui apakah yang disembunyikan bagi mereka yang terdiri
daripada perkara yang
menyejukkan mata sebagai balasan terhadap amalan yang mereka telah
lakukan). Kemudian
Baginda bersabda: Apakah engkau mahu aku khabarkan kepadamu tunggak segala
amal, tiang-tiangnya
dan puncaknya? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah! Baginda bersabda: Tunggak
amalan ialah lslam,
tiang-tiangnya ialah sembahyang dan puncaknya ialah jihad. Kemudian Baginda
bersabda: Apakah engkau
mahu aku khabarkan kepadamu kunci segala perkara tersebut? Aku berkata:
Mahu ya Rasulullah!
Lalu Baginda memegang lidahnya seraya bersabda: Peliharalah benda ini! Aku
berkata: Ya Nabi Allah!
Adakah kita akan diseksa lantaran apa yang dibicarakannya? Baginda
bersabda: lbumu akan
kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya - atau
Baginda bersabda -
dihumbankan batang hidungnya ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman
lidah-lidah mereka.
Pengajaran
hadis:
(1) Berdasarkan hadis
ini, amalan yang boleh memasukkan seseorang hamba ke dalam syurga ialah
menunaikan rukun-rukun
lslam, iaitu benar-benar beriman kepada Allah tanpa syirik dan beriman
kepada Rasulullah SAW,
sembahyang, zakat, puasa Ramadhan dan ibadat haji.
(2) Pintu-pintu
kebajikan pula sangat banyak, antaranya yang disebut dalam hadis ini ialah
berpuasa
kerana ia adalah
perisai yang melawan hawa nafsu bagi seorang mukmin. Selain itu ialah sedekah
yang
ikhlas kerana Allah
kerana ia dapat memadamkan dosa seumpama air memadamkan api. Pintu
kebajikan seterusnya
ialah sembahyang di waktu tengahmalam.
(3) lbadat pada waktu
tengah malam sangat afdhal dan amat dituntut ke atas setiap individu muslim. la
dapat menguatkan
keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah. la dapat memberikan sinar air
muka yang bercahaya
bagi orang yang melakukannya. Allah SWT telah memuji orang yang suka
beribadat pada waktu
tengah malam dalam banyak ayat termasuk ayat yang dipetik dalam hadis ini.
(4) Tunggak segala
perkara ialah lslam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.
Seorang mukmin sejati
mesti melaksanakan tuntutan-tuntutan ini dengan baik walau apapun cabaran
dan rintangan.
(5) Kunci segala
perkara pula ialah menjaga lidah. Lidah adalah antara anggota badan yang paling
banyak terdedah
melakukan maksiat. Barangsiapa yang dapat menjaga lidahnya daripada angkara
jahat
dan maksiat, Baginda
Rasulullah SAW menjamin bahawa dia akan dapat masuk syurga. Setiap patah
perkataan yang
dituturkan oleh lidah akan dipersoalkan Allah SWT. Ramai manusia yang
dihumbankan ke neraka
akibat celupar lidah.
HADIS 30
عن أبي ثعلبة الخشني جرثوم
بن ناشر t عن رسول الله e قال: (( إن الله تعالى فرض
فرائض فلا تضيعوها، وحد حدودا
فلا تعتدوها، وحرم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن
أشياء رحمة لكم غير نسيان،
فلا تبحثوا عنها )) حدیث حسن رواه الدارقطني وغيره.
Hadis ini hadis hasan
diriwayatkan oleh al-lmam al-Daraqutnie dan lain-lain (Hadis
ini walaupun hadis yang
mempunyai ‘illah (iaitu
hadis yang mempunyai ‘illah iaitu sebab yang tersembunyi lagi mencacatkan nilai
hadis dengan
terkumpul dua syarat (1)
wujud kekelabuan dan ketersembunyian (2) ada kecacatan. Hukum hadis mu’allal
ini ialah dha’if.
Lihat Taisir Mustalah
Hadis, Dr. Mahmud al-Thahhan) namun di sana masih banyak riwayat-riwayat lain
yang
memperkuatkan hadis ini.
Al-Bazar telah meriwayatkan dalam sanadnya, begitu juga al-Hakim meriwayatkan
riwayat
seumpamanya daripada Abu
Darda’ . Al-Bazar berkata: “Isnadnya bagus, al-Tarmizi telah meriwayatkan hadis
seumpamanya daripada Abu
‘Uthman al-Nahdie daripada Sulaiman, sebagaimana ia juga diriwayatkan oleh Abu
Dawud
daripada hadis Ibnu
‘Abbas. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu
Daqiq, Maktabah al-
Turath al-Islamie,
Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu Tha'labah
al-Khusyanie Jurthum ibn Nasyer r.a. daripada Rasulullah SAW telah
bersabda:
Sesungguhnya Allah
Ta'ala telah memfardhukan beberapa fardhu maka janganlah kamu
menghilangkannya (iaitu
janganlah kamu mempersia-siakannya dan meninggalkannya), Dia telah
menentukan beberapa
batasan, maka janganlah kamu melampauinya, Dia telah mengharamkan
beberapa perkara, maka
janganlah kamu mencabulinya dan Dia tidak menyatakan hukum tentang
beberapa perkara, maka
janganlah kamu cuba menyelidikinya.
Pengajaran
hadis:
(1) Setiap mukmin
dituntut supaya mematuhi titah perintah Allah SWT sama ada berbentuk suruhan
fardhu mahupun larangan
haram. Hadis tersebut mengingatkan setiap mukmin agar memelihara dengan
baik segala amalan
fardhu yang Allah SWT fardhukan, jangan sampai dipersiakan atau dihilangkan
begitu sahaja.
(2) Demikian pula Allah
menentukan beberapa batasan dan beberapa perkara haram, maka setiap
mukmin dituntut agar
benar-benar menjaga sempadan halal haram ini, jangan sampai dia mencabuli
perkara haram apatah
lagi kalau sampai menghalalkan perkara haram.
(3) Di samping itu,
Allah SWT mendiamkan beberapa perkara iaitu tidak menyatakan halal haramnya
secara jelas, maka
janganlah kita menyusahkan diri mencari hukumnya. Allah berbuat demikian bukan
kerana lupa, bahkan
sebagai rahmat buat umat manusia demi memberi kemudahan bagi manusia.
Hukum perkara yang
ditinggalkan hukum halal haramnya adalah harus, iaitu boleh dilakukan.
HADIS 31
عن أبي العباس سهل بن سعد
الساعدي t قال: (( جاء رجل إلى النبي e فقال: یا رسول
الله! دلني على عمل إذا عملتع
أحبني الله وأحبني الناس. فقال: ازهد في الدنيا یحبك الله،
وازهد فيما عند الناس یحبك
الناس )) حدیث حسن رواه ابن ماجه وغيره بأسانيد حسنة.
Hadis riwayat lbnu
Majah dan lain-lain dengan sanad-sanad yang baik ( Hadis
ini adalah daripada riwayat
Khalid ibn ‘Umar dan
al-Qurasyie daripada Sufian daripada al-Thauri Abu Hazim daripada Sahl. Al-Imam
Ahmad berkata
berkenaan dengan Khalid
: Dia adakah orang yang mungkar dalam riwayatnya, dia meriwayatkan cerita-cerita
batil. Ibnu
Ma‘in pula berkata dia
adalah pendusta. Saleh ibn Muhammad dan Ibnu ‘Adie menghubungkannya (Khalid)
sebagai orang
yang mereka-reka hadis
palsu. Lihat notakaki buku (Syarah Hadis 40 Nawawi) karangan al-Imam Ibnu
Daqiq, Maktabah al-
Turath al-Islamie,
Kaherah,1987 pada takhrij hadis ini).
Daripada Abu al-'Abbas
Sahlu ibn Sa'ad al-Saa'idie r.a. beliau berkata:
Seorang lelaki telah
datang menemui Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah! Tunjukkan daku
suatu amalan yang
apabila aku lakukannya, aku dikasihi oleh Allah dan dikasihi oleh manusia.
Baginda
bersabda: Zuhudlah
engkau terhadap dunia, nescaya Allah kasihkan engkau dan zuhudlah terhadap apa
yang ada pada manusia,
nescaya manusia akan mengasihimu.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis ini
menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu
sifat zuhud.
(2) Zuhud terhadap
dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah
membenci, berpaling,
meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan
hati dari mengingati
perkara dunia.
(3) Zuhud terhadap apa
yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa
yang dimiliki oleh
manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan
bererti membenci
sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang
amat
dilarang.
(4) Zuhud sebenar bukan
bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah
tidak menjadikan dunia
dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya
memenuhi dunia seumpama
yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman
ibn 'Auf, kerana
matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda
selainNya.
HADIS 32
عن أبي سعيد سعد بن سنان
الخدري t أن رسول الله :e (( قال: (( لا ضرر ولا ضرار
حدیث حسن رواه ابن ماجه والدارقطني
وغيرهما مسندا ورواه مالك في الموطأ مرسلا
عن عمرو بن یحيى عن أبيه
عن النبي e . فأسقط أبا سعيد وله طرق یقوي بعضها بعضا
Hadis ini hadis hasan
diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Daraqutnie dan lain-lain. la juga
diriwayatkan oleh
al-lmam Malik dalam kitab Muwattha'nya.
Daripada Abu Sa'id ibn
Malik ibn Sinan al-Khudrie r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Tidak ada mudharat dan
tidak boleh melakukan kemudharatan.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis ini
menjelaskan suatu prinsip utama dalam kehidupan lslam, iaitu jangan mencari
mudharat
dan menyebabkan
kemudharatan terhadap orang lain. la adalah suatu prinsip yang agung demi
kesejahteraan umat
manusia semuanya sama ada muslim atau bukan muslim.
(2) Seseorang mukmin
dilarang mencari susah atau mudharat yang boleh menimpa dirinya sendiri atau
menimpa orang lain.
Agama lslam menggalakkan umatnya mencari keharmonian hidup. Sebarang
angkara yang membawa
mudharat sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung, segera
atau lambat, sedikit
atau banyak semuanya dilarang.
HADIS 33
عن ابن عباس رضي الله عنهما
أن رسول الله e قال: (( لو یعطى الناس بدعواهم لادعى
رجال أموال قوم ودماءهم،
لكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر )) حدیث حسن
رواه البيهقي وغيره هكذا
وبعضه في الصحيحين.
Hadis ini hadis hasan
diriwayatkan oleh al-lmam al-Baihaqie dan lain-lain sedemikian dan
sebahagiannya terdapat
dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
Daripada lbnu 'Abbas
r.a.( رضي الله عنهما ) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sekiranya manusia
diberikan setiap tuntutan dan dakwaan mereka, nescaya ramai orang akan menuntut
harta dan darah kaum
lain (iaitu menuntut bunuh balas), akan tetapi mestilah tuntutan itu berbukti
keterangan bagi pihak
yang mendakwa dan sumpah bagi orang yang tidak mengaku.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis ini
menerangkan sikap dan tabiat buruk kebanyakan manusia di mana mereka gemar
mendakwa sesuatu yang
bukan milik mereka. Sekiranya semua dakwaan mereka dituruti, nescaya akan
kecohlah sistem
kehidupan manusia. Secara tidak langsung ia membayangkan bahawa banyak
persengketaan,
pergaduhan malah pembunuhan dan peperangan yang berlaku di kalangan manusia
membabitkan soal harta
benda dan kekayaan.
(2) Untuk menghadapi
kes tuntutan dan dakwaan seumpama ini, lslam membawa suatu kaedah
kehakiman yang
bijaksana iaitu setiap orang yang mendakwa sebarang tuntutan mestilah
mengemukakan bukti
keterangan menyokong dakwaannya sementara orang yang didakwa pula
mestilah bersumpah
menafikan tuduhan tersebut.
(3) Agama lslam adalah
agama yang adil dan menyelesaikan masalah umatnya secara adil dan
saksama.
HADIS 34
عن أبي سعيد الخدري t قال:
سمعت رسول الله e یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره
بيده، فإن لم یستطع فبلسانه،
فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh
al-lmam Muslim.
Daripada Abu Sa'id
al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan
kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan
tangannya. Sekiranya
dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya
dia tidak mampu maka
hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah
selemah-lemah iman.
Pengajaran
hadis:
(1) Menunaikan
tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah
kemungkaran adalah
suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng,
kerana kecelakaan akan
menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.
(2) Barangsiapa yang
melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa
mencegahnya sama ada
dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah
kemungkaran tersebut.
Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan
atau percubaan mahu
mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan
membawa kemudharatan
kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar
hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu
mencegahnya pada suatu
masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah.
HADIS 35
عن أبي هریرة t قال: قال
رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا
عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى
ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم
على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh
al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah
r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling
dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain.
Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah
kamu menjadi
hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh
menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan
menghinanya. Ketaqwaan
itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu
mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas
muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis ini
menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada
keharmonian
hidup, iaitu cara hidup
yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
(2) lslam melarang
umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau
memulau kerana semua
sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru
hara dan perpecahan
dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai
sifat-sifat buruk
seumpama ini.
(3) lslam juga melarang
seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu
meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu
dibatalkan, maka
bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam
demi
memelihara hubungan
persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan
memotong urusniaga
orang lain.
(4) Umat lslam digesa
hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan
hak saudaranya dengan
sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak
menzaliminya, tidak
membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah
seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.
(5) Taqwa adalah
perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang
boleh didakwa. Taqwa
tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada,
namun ia dapat dikesan
berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan
melakukan amalan soleh
dan berakhlak mulia.
HADIS 36
عن أبي هریرة t عن النبي
e قال: (( من نفس عن مؤمن آربة من آرب الدنيا نفس الله
عنه آربة من آرب یوم القيامة،
ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،
ومن ستر مسلما ستره الله
في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما آان العبد في عون
أخيه، ومن سلك طریقا یلتمس
فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في
بيت من بيوت الله یتلون آتاب
الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم الملائكة،
وذآرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه ))
رواه مسلم بهذا اللفظ.
Hadis diriwayatkan oleh
al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah
r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang
melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah
akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa
yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di
akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup
ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya
selagi
mana dia suka menolong
saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan
mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah
sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama
mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan
mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada
orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya,
nescaya
nasab keturunannya
tidak mampu mempercepatkannya.
Pengajaran
hadis:
(1) lslam adalah agama
tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama
lain. Faktor inilah
merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan
umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia,
yang berada dalam
kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada
disebarluaskan di
kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan
perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa
menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama
mereka.
(4) llmu adalah cahaya
menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah
menjanjikan baginya
kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji
al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati
Allah. Para malaikat
turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka
mendapat penghormatan
agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para
penghuni langit.
(6) Sesungguhnya
manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah,
bukannya dengan
keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya
menyusahkannya di
akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali
memberi syafa'at
kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal
dengan amalan soleh
untuk menghadapi hari akhirat nanti.
HADIS 37
عن ابن عباس رضي الله عنهما
عن رسول الله e : فيما یرویه عن ربه تبارك وتعالى قال
(( إن الله آتب الحسنات والسيئات،
ثم یبين ذلك، فمن هم بحسنة فلم یعملها آتبها الله عنده
حسنة آاملة، وإن هم بها فعملها
آتبها الله عنده عشر حسنات، إلى سبعمائة ضعف، إلى
أضعاف آثيرة، وإن هم بسيئة
فلم یعملها آتبها الله عنده حسنة آاملة، وإن هم بها فعمله ا
آتبها الله سيئة واحدة
)) رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف.
فانظر یا أخي! وفقنا الله
وإیاك إلى عظيم لطف الله تعالى، وتأمل هذه الألفاظ. وقوله (عنده)
إشارة إلى الاعتناء بها،
وقوله (آاملة) للتأآيد وشدة الاعتناء بها. وقال في السيئة التي هم
بها ثم ترآها: (( آتبها الله
عنده حسنة آاملة) فأآدها بكاملة، (وإن عملها آتبها سيئة واحدة)
فأآد تقليلها بواحدة، ولم
یؤآدها بكاملة. فلله الحمد والمنة سبحانه لا نحصي ثناء عليه وبالله
التوفيق.
Hadis diriwayatkan oleh
al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.
Daripada lbnu 'Abbas
r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat dari Allah SWT.
Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah
telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia
memperjelaskannya; maka
barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia
tidak melakukannya,
Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.
Sekiranya dia terlintas
mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis
kebajikan itu di
sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda
yang
sangat banyak. Dan
sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak
melakukannya, Allah
akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia
terlintas mahu
mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan
itu di
sisi-Nya dengan satu
kejahatan sahaja.
Lihatlah wahai
saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke
arah mencapai
kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu
lafaz-lafaz
hadis ini).
Lafaz ( عنده ) yang
bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah
yang dikurniakan sebagai
ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang
baik setelah dia
berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu
melakukannya -
penterjemah).
Lafaz ( آاملة ) yang
bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan
kuatnya inayah Allah
dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu
berbuat kebajikan, atau
perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba
meninggalkan perbuatan
jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).
Dia berkata dalam soal
kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya
kemudian dia tidak jadi
melakukannya : ( آتبها الله عنده حسنة آاملة ) yang bererti “Allah akan menulis
di sisi-
Nya sebagai satu
kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz
“sempurna” sementara
dalam ungkapan berikutnya : ( وإن عملها آتبها سيئة واحدة ) yang bererti
“Sekiranya
dia terlintas mahu
mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan
itu di sisi-Nya dengan
satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa
itu dengan diberikan
sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu
menghitung puja-puji ke
atasnya. وبالله التوفيق ( Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit
huraian
al-Imam Nawawi terhadap
hadis tersebut - penulis).
Pengajaran
hadis:
(1) Sesungguhnya Allah
adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan
baik dengan sepuluh
kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan
yang terlintas di hati
seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala,
sedangkan kalau
seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga
dia
benar-benar
melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang
berniat
mahu melakukan maksiat,
lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya
kurniaan Allah.
(2) Kemurahan Allah
tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik
berpeluang untuk
menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh
digandakan lebih banyak
daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar
merebut peluang
keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian
sebelum maut datang
menjemput.
(3) Saham yang
ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan
rugi,
malah keuntungannya
dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai
manusia yang tidak
menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.
HADIS 38
عن أبي هریرة t قال: قال
رسول الله e : (( إن الله تعالى قال: من عادى لي وليا فقد آذنته
بالحرب، وما تقرب إليَّ عبدي
بشيء أحب إليَّ مما افترضته عليه، ولا یزال عبدي یتقرب
إليَّ بالنوافل حتى أحبه،
فإذا أحببته آنتُ سمعه الذي یسمع به، وبصره الذي یبصر به،
ویده التي یبطش بها، ورجله
التي یمشي بها، ولئن سألني لأعطينه ولئن استعاذني لأعيذنه
)) رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh
al-lmam al-Bukhari.
Daripada Abu Hurairah
r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah
Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku
akan isytiharkan perang
terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan
dirinya) kepadaKu
dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya.
Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalanamalan
sunat sehingga Aku
mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku
pendengarannya yang dia
mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat
sesuatu dengannya,
jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya
yang dengannya dia
berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan
sekiranya dia meminta
perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
Pengajaran
hadis:
(1) Amalan yang paling
disukai Allah ialah amalan fardhu yang Dia fardhukan ke atas hambahambaNya.
(2) Seorang mukmin
seharusnya hanya melakukan amalan sunat apabila dia telah membereskan amalan
fardhunya terlebih
dahulu. Sekiranya dia asyik mengerjakan amalan sunat dengan mengabaikan amalan
fardhu, maka dia telah menyalahi
tuntutan syara'.
(3) Seseorang hamba
boleh meningkat maqamnya di sisi Allah SWT sehingga menjadi kekasihNya
dengan memperbanyakkan
amalan sunat dan berterusan mengamalkannya sehingga Allah benar-benar
mengasihinya.
(4) Seorang wali Allah
atau kekasih Allah, perbuatannya akan sentiasa terpelihara. Segala tingkah
lakunya seolah-olah
lahir dari Allah. Penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan
pergerakannya semuanya
seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan
Allah SWT. Oleh kerana
itu, wali Allah mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang
memusuhinya, maka Allah
akan mengisytiharkan perang terhadapnya.
HADIS 39
عن ابن عباس رضي الله عنهما:
أن رسول الله e قال: (( إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ
والنسيان وما استُكْرهوا
عليه )) حدیث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما.
Hadis ini hadis hasan
diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Baihaqie dan lain-lain.
Daripada lbnu 'Abbas
r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah
telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan
secara tersilap,
terlupa dan secara paksaan.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis ini juga
menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT terhadap
hambaNya. Dia hanya
mempertanggungjawabkan mereka dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja
dan dengan kemahuan
sendiri tanpa paksaan.
(2) la juga menerangkan
suatu dasar perundangan dan kehakiman di sisi lslam yang mengutamakan
keadilan, di mana
perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja tanpa disedari, atau kerana
dipaksa
dia tidak akan
diberikan dosa..
HADIS 40
عن ابن عمر رضي الله عنهما
قال: (( أخذ رسول الله e بمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك
غریب أو عابر سبيل)) وآان
ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر
المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))
رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh
al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar
r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah
memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau
atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah
berkata:
Apabila engkau berada
di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada
di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari
kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Pengajaran
hadis:
(1) Kehidupan di dunia
adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia
diminta agar mengambil
berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau
seorang dagang, yang
hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
barang-barang.
(2) Seorang mukmin
tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada
bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
tiba, seolah-olah dia
tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa
seola-olah dia tidak
sempat menghirup udara pagi esoknya.
(3) Larangan
memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang
kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
negara lslam menjadi
sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara
lslam yang bertaqwa.
Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.
HADIS 41
عن أبي محمد عبد الله بن
عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا
یؤمن أحدآم حتى یكون هواه
تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب
الحجة بإسناد صحيح.
Hadis ini hadis sahih
yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah ( Nama penuh Kitab
al-Hujjah di sini
ialah ( الحجة
على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn
Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-
Faqih al-Zahid. Kitab
ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah.)dengan
sanad yang
baik.
Daripada Abu Muhammad
Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:
Seseorang kamu tidak
benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang
aku bawa.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis ini
menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya
tunduk dan
menurut ajaran yang
dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia
mengutamakan hawa
nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal
kebajikan, maka lmannya
tidak sempurna.
(2) Ungkapan 'tidak
benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau
tempang, bukan bererti
dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak
mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah hawa
nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang
yang benar-benar ikhlas
beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.
HADIS 42
عن أنس t یقول: (( قال الله
تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله
ورجوتني غفرت لك، على ما
آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان
السماء، ثم استغفرتني غفرت
لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني
لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها
مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح.
Hadis riwayat al-lmam
al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.
Daripada Anas r.a.
beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman:
Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan
Aku, Aku akan ampunkan
apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak
Adam! Seandainya
dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon
ampun kepadaKu, nescaya
Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau,
andainya engkau datang
mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang
menghadapKu tanpa
engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan
untukmu keampunan
sepenuh isi bumi.
Pengajaran
hadis:
(1) Hadis ini
menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT yang
tidak
terbatas bagaikan
lautan tidak berpantai.
(2) Allah berjanji akan
mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa
banyak dosa tersebut
dengan syarat mereka berdoa, minta ampun dan mengharapkan keampunanNya
dan dengan syarat dia
mati dalam lman, tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
(3) Syirik adalah dosa
besar paling dahsyat yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT walaupun
semasa di dunia dia
seorang yang baik, beramal soleh dan melakukan banyak kebajikan. Amal soleh
tidak memberi apa-apa
erti apabila dihimpunkan berserta syirik. Sebaliknya, orang-orang yang
melakukan dosa yang
bertimbun banyaknya, dia masih mempunyai harapan untuk mendapat kurnia dan
pengampunan Allah SWT,
Tuhan yang Maha Pengampun dengan sebab kelebihan imannya.
(4) Hadis ini tidak
bertujuan menggalakkan orang-orang mukmin melakukan dosa, sebaliknya ia hanya
menunjukkan peri betapa besar dan luasnya
rahmat dan keampunan Allah SWT.__
Sumber : http://www.geocities.com/bahantarbiyyah